Wednesday 14 November 2012

Tetamu Chalet D'Solo bercuti di Perlis

Chalet D'Solo telah menerima tetamu dari Kok Lanas, Kelantan.

En. Fauzi  Yakob
En. Fauzi yang bekerja di JPS Kota Bharu, isteri (Tuan Azlina Tuan Abd Mutalib), anak-anak dan ibu mertua (Tengku Azizah) telah memilih negeri Perlis sebagai destinasi percutian mereka semasa musim cuti sekolah akhir tahun. Beliau yang mempunyai adik ipar (En. Asri) yang tinggal di Mata Ayer, Perlis, menyatakan mereka amat tertarik dengan keindahan dan suasana alam semula jadi negeri Perlis. Perlis merupakan negeri kesukaan beliau dan keluarga untuk bercuti.
En. Fauzi (di kiri sekali), Tuan Azlina (bertudung biru) dan keluarga bersama keluarga En. Azmi
(di kanan sekali) 
Selama empat hari melancong ke Perlis, En. Fauzi sekeluarga sempat melawat Wan Kelian, Padang Besar dan juga tempat-tempat reakrasi yang lain termasuk kebun sayur adik ipar (En. Asri)  beliau di Timah Tasuh dan Mata Ayer.

Beliau juga sedikit sebanyak sempat mempelajari tabiat kuda semasa bersantai di perkarangan Chalet D'Solo. Antara kegemaran En. Asri ialah menangkap ikan. Beliau juga mempunyai cita-cita besar untuk menceburi perniagaan "hardware" di Kok Lanas dalam waktu yang terdekat ini. Semuga perniagaan beliau berjaya, maju dan lancar.

Bergambar di hadapan Chalet D'Solo sebelum berangkat pulang ke Kelantan pada pagi 15 NOV 2012.
En. Azmi sekeluarga mengucapkan selamat jalan kepada En. Fauzi sekeluarga. Semuga pertemuan ini bukan yang pertama dan yang terakhir.....

No comments:

Post a Comment