Wednesday 14 November 2012

Tetamu Chalet D'Solo bercuti di Perlis

Chalet D'Solo telah menerima tetamu dari Kok Lanas, Kelantan.

En. Fauzi  Yakob
En. Fauzi yang bekerja di JPS Kota Bharu, isteri (Tuan Azlina Tuan Abd Mutalib), anak-anak dan ibu mertua (Tengku Azizah) telah memilih negeri Perlis sebagai destinasi percutian mereka semasa musim cuti sekolah akhir tahun. Beliau yang mempunyai adik ipar (En. Asri) yang tinggal di Mata Ayer, Perlis, menyatakan mereka amat tertarik dengan keindahan dan suasana alam semula jadi negeri Perlis. Perlis merupakan negeri kesukaan beliau dan keluarga untuk bercuti.
En. Fauzi (di kiri sekali), Tuan Azlina (bertudung biru) dan keluarga bersama keluarga En. Azmi
(di kanan sekali) 
Selama empat hari melancong ke Perlis, En. Fauzi sekeluarga sempat melawat Wan Kelian, Padang Besar dan juga tempat-tempat reakrasi yang lain termasuk kebun sayur adik ipar (En. Asri)  beliau di Timah Tasuh dan Mata Ayer.

Beliau juga sedikit sebanyak sempat mempelajari tabiat kuda semasa bersantai di perkarangan Chalet D'Solo. Antara kegemaran En. Asri ialah menangkap ikan. Beliau juga mempunyai cita-cita besar untuk menceburi perniagaan "hardware" di Kok Lanas dalam waktu yang terdekat ini. Semuga perniagaan beliau berjaya, maju dan lancar.

Bergambar di hadapan Chalet D'Solo sebelum berangkat pulang ke Kelantan pada pagi 15 NOV 2012.
En. Azmi sekeluarga mengucapkan selamat jalan kepada En. Fauzi sekeluarga. Semuga pertemuan ini bukan yang pertama dan yang terakhir.....

Menunggang kuda di perkarangan Chalet D'Solo

Banyak peminat kuda tidak berpeluang menunggang dan berdamping dengan kuda dari dekat... !!

Chalet D'Solo mempunyai tiga ekor kuda yang jinak.

Dari teras chalet tetamu berpeluang melihat kuda-kuda ini meragut rumput di perkarangan chalet.
Kalau yang bernasib baik, boleh bermain dan menunggang salah sekor kuda tanpa caj.
Cubalah pengalaman baru yang unik ini!
Menunggang kuda yang jinak!

Berkuda di perkarangan Chalet D'Solo
                                                     

Sunday 11 November 2012

Melancung ke negeri Perlis dan menginap di Chalet D'Solo, Mata Ayer.

Terletak di KM 4.3 Jalan Jejawi-Dato Kayaman, Kg. Ngulang, Mata Ayer, Perlis. Bagi anda yang suka menikmati keindahan alam semula jadi, Chalet D'Solo adalah pilihan penginapan yang tepat!

Chalet D'Solo.. pemandangan yang indah dan nyaman!

Bilik yang luas untuk keselesaan!

Chalet D'Solo, bilik ala hotel di perbuat daripada kayu untuk keselesaan!

Chalet D'Solo, mempunyai 2 bilik berasingan yang luas mula beroperasi pada akhir September 2012.

Keunikan Chalet D'Solo ialah kerana ia di perbuat daripada kayu, dikelilingi oleh sawah padi dan terdapat kuda yang jinak meragut rumput di perkarangan chalet.

Setiap bilik Chalet D'Solo dilengkapi dengan perabut sofa rotan, pendingin hawa, kipas angin, TV (LED), bilik air yang luas dll.

Chalet D'Solo di miliki oleh En. Azmi M Jamil yang boleh di hubungi melalui talipon bimbit 013-426 1897.